AHLAN WA SAHLAN

Selamat Menjelajahi Dunia BAKA IPD Port Dickson



IPD PORT DICKSON NS

IPD PORT DICKSON NS
Ahlan Wa Sahlan

Khamis, 3 Mac 2011

BAKA BUKIT AMAN PRIHATIN..

Walau jauh di mata, BAKA Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan rombongan di ketuai KPP Bhg Agama A.F Ustaz Azizan bin Shaari,YDH Supritendan Ghazali Daud dan DSP Abu Bakar Kamarudin serta pegawai-pegawai agama Bukit Aman dengan prihatinnya sanggup meluangkan masa mengunjungi warga IPD Port Dickson NS dalam jelajah bersiri beliau untuk memberi input, pendedahan dan menerangkan apakah matlamat dan fungsi BAKA itu sendiri.
Di samping itu juga, telah di adakan sesi dialog dan ramah mesra bagi merungkaikan dan meberi pencerahan tentang apa jua isu dan permasalahan yang di hadapi anggota.
Rentetan dari sesi dialog tersebut, Caw.BAKA daerah mendapat reaksi dan respon positif dari warga PDRM.Antara input dalam lawatan tersebut : KPP Bhg Agama telah menekankan ttg keikhlasan dalam bekerja dan ianya adalah satu tuntutan ibadah.Supt.Ghazali juga telah menyampaikan amanat KPN dan memberi tazkirah kpd hadirin yang terdiri dari pegawai2 KETUA2 Cawangan dan Ketua2 Balai Daerah Port Dickson.Dengan menjadi role model kepada pegawai dan anggota polis yang lain, Supt Ghazali dan DSP Abu Bakar telah turut sama berkongsi pengalaman mereka bagaimana utk menjadi polis yang boleh dicontohi oleh masyarakat. Ya Allah Berikan kekuatan dan ketabahan kepada kami sepertimana Engkau Kurniakan kepada para Anbiya' yang terdahulu..Amin..



.

Tiada ulasan: