AHLAN WA SAHLAN

Selamat Menjelajahi Dunia BAKA IPD Port Dickson



IPD PORT DICKSON NS

IPD PORT DICKSON NS
Ahlan Wa Sahlan

Rabu, 6 April 2011

Bacaan Yasin dan Doa keselamatan dari wabak dan penyakit berjangkit

bertempat di Rumah Perkep IPD Port Dickson, telah di adakan bacaan Yasin dan doa mohon keselamatan dari wabak dan penyakit berjangkit telah di adakan dan bacaan doa di pimpin oleh Ustazah Syuhana bersama dgn anggota polis wanita, kakitangan awam dan Perkep Daerah.Moga di lindungi dan di pelihara oleh Allah s.w.t..

Rabu, 30 Mac 2011

Seminar kekeluargaan " I Love You "

Telah di adakan pada 28 Mac 2011 dengan di hadiri oleh warga IPD Port Dickson yg terdiri dari anggota dan pegawai polis dan isteri. Di kendalikan oleh Pengarah Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Tn Hj Norazman bin Amat. Majlis Penutupan di rasmikan oleh YDH Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt.Baljeet Singh A/L Kartar Singh.

Khamis, 24 Mac 2011

Allah Berjanji Akan Memberi Pahala dan Balasan Yang Lebih Baik Untuk Orang Yang Sabar

1- Pertama, sabar dalam ketaatan kepada Allah.



2- Kedua, sabar dari kederhakaan kepada Allah seperti sabar mengelak dari melakukan maksiat, dan



3- Ketiga, sabar atas segala ujian dan ketetapan yang telah ditentukan Allah.

Tunas PDRM..

Caw.BAKA telah melebarkan sayap perjuangannya dengan mengambil peranan dalam membentuk dan mendidik tunas atau anak2 anggota polis dengan mengambil slot setiap Hari Jumaat untuk mengajar di Tadika Berek Polis di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Masa 1 jam yang di beri di manfaatkan dengan mengajar anak-anak pelbagai ilmu asas berkenaan agama Islam seperti Rukun Islam bagi memastikan peringkat yang kecil dalam PDRM tidak ketinggalan dan mendapat "sentuhan" dari Caw.BAKA itu sendiri..Mudah-mudahan di berkati..Amin..

Rabu, 9 Mac 2011

Sambutan Hari Wanita Peringkat Daerah Port Dickson

Caw.BAKA Daerah Port Dickson telah menganjurkan sesi sehari bersama wanita IPD Port Dickson dengan mengadakan slot bual bicara bersama Ustazah Syuhana Ab Ghani sebagai moderator slot : Peranan Wanita: Pemangkin Kecemerlangan Masyarakat. Program itu bertujuan bagi mencerahkan pandangan wanita tentang apakah peranan wanita lebih2 lagi sebagai wanita Islam yang memegang pelbagai amanah sebagai anak, pekerja, ibu dan isteri..Majlis Penutup di sempurnakan oleh Tim.Ketua Polis Balai Teluk Kemang SM Salmah dan di hadiri oleh 45 orang peserta terdiri dari isteri2 anggota dan anggota polis wanita dan kakitangan awam.pelbagai pertanyaan dan pandangan utk mendapatkan tips dari hadirin telah di jawab oleh moderator tersebut.Mudah2an wanita masakini membangun dengan cemerlang dari aspek rohani, moral dan kerjaya masing-masing..Amin...

Bersama PERKEP Port Dickson..

Pada 4 Mac 2011 telah berlangsung satu majlis di Mes Pegawai Kanan IPK NS dan Perkep Port Dickson di ketuai oleh Timbalan Pengerusi Daerah Koperal Norishah turut sama bagi memeriahkan majlis tersebut..di majlis itu juga telah berlangsung pelancaran laman web Perkep NS di www.perkep.rmp.gov.my..

Khamis, 3 Mac 2011

Hamba Allah Yang Menjalankan Amanah..

Dengan 3 tenaga warga BAKA Daerah Port Dickson untuk menggerakkan warga PDRM Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson..Ya Allah Mudahkan lah urusan agama yang kami jalankan di IPD Port Dickson ini dan berikanlah ketabahan dan kekuatan yang jitu pada kami sepertimana yang Engkau Kurniakan kepada para Anbiya' dan dengan harapan yang tinggi dari hambaMu yang kerdil dan hina ini Thabatkanlah hati dan Iman kami..

BAKA BUKIT AMAN PRIHATIN..

Walau jauh di mata, BAKA Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan rombongan di ketuai KPP Bhg Agama A.F Ustaz Azizan bin Shaari,YDH Supritendan Ghazali Daud dan DSP Abu Bakar Kamarudin serta pegawai-pegawai agama Bukit Aman dengan prihatinnya sanggup meluangkan masa mengunjungi warga IPD Port Dickson NS dalam jelajah bersiri beliau untuk memberi input, pendedahan dan menerangkan apakah matlamat dan fungsi BAKA itu sendiri.
Di samping itu juga, telah di adakan sesi dialog dan ramah mesra bagi merungkaikan dan meberi pencerahan tentang apa jua isu dan permasalahan yang di hadapi anggota.
Rentetan dari sesi dialog tersebut, Caw.BAKA daerah mendapat reaksi dan respon positif dari warga PDRM.Antara input dalam lawatan tersebut : KPP Bhg Agama telah menekankan ttg keikhlasan dalam bekerja dan ianya adalah satu tuntutan ibadah.Supt.Ghazali juga telah menyampaikan amanat KPN dan memberi tazkirah kpd hadirin yang terdiri dari pegawai2 KETUA2 Cawangan dan Ketua2 Balai Daerah Port Dickson.Dengan menjadi role model kepada pegawai dan anggota polis yang lain, Supt Ghazali dan DSP Abu Bakar telah turut sama berkongsi pengalaman mereka bagaimana utk menjadi polis yang boleh dicontohi oleh masyarakat. Ya Allah Berikan kekuatan dan ketabahan kepada kami sepertimana Engkau Kurniakan kepada para Anbiya' yang terdahulu..Amin..



.

JAUH DI MATA DEKAT DI HATI..

DI daerah Port Dickson terdapat 8 buah balai dan telah di jadualkan setiap hari rabu Caw.BAKA akan membuat lawatan dan antara input semasa lawatan adalah Input Agama , Input Kaunseling, Tasmik Bacaan terutamanya dalam solat pada setiap anggota dan kakitangan awam dan sesi beramah mesra dan mendengar permasalahan anggota.Sambutan yang di beri amat memberangsangkan dari Ketua Balai dan anggota.Ya Allah berikan kekuatan dan pelihara lah keselamatan anggota kami yang menjaga keselamatan dan keamanan negara kami...

MOTIVASI KERJA BERSAMA KAKITANGAN AWAM

Caw.BAKA Ipd Port Dickson telah berkongsi ilmu dan memberi motivasi kepada kakitangan awam seramai 38 orang yang terdiri dari Pembantu Tadbir Kanan Gred N22,Pembantu Tadbir N17, Pembantu Am Pejabat N1 dan Pekerja Rendah Awam di Bilik Gerakan IPD Port Dickson bagi meningkatkan lagi mutu kerja di samping meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan awam PDRM.LDP tersebut telah di sampaikan sendiri oleh Ketua Caw.Agama Ustazah Syuhana bt Ab Ghani dengan tajuk " TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB dari segi Perspektif Agama Dan Kaunseling.Di samping itu juga Caw.BAKA mendengar dan memahami permasalahan dan memberi input dan pendekatan dari segi agama dan kaunseling bagi menangani masalah yang di hadapi oleh kakitangan awam.